Translate

Tuesday 9 October 2012

Kegunaan Perisian Animasi 2D & 3D


Sesungguhnya, animasi 2D dan 3D adalah sangat penting untuk diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sistem pendidikan pada hari ini. Ia merupakan media dan peralatan yang sangat penting untuk mempersembahkan sesuatu konsep pembelajaran terutamanya dalam matapelajaran sains dan Matematik dengan lebih jelas dan berkesan. Ia juga dapat mempertingkatkan pemahaman konsep seseorang murid di dalam kelas. Ini adalah kerana kebanyakan murid pada hari ini menghadapi masalah untuk membayangkan dan mengimaginasikan secara abstrak keadaan objek secara 3D. Oleh itu, pemaparan secara visual dan animasi ini bukan setakat mempertingkatkan minat mereka dalam terus memberikan tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi juga menyerapkan imej suatu ilmu pengetahuan dalam pemikiran mereka. Contoh topik yang memerlukan animasi 2D dan 3D ialah topik objek 2D dan 3D dalam matapelajaran Matematik. Ia adalah berguna untuk memperkenalkan objek - objek 2D dan 3D seperti kubus, kuboid, silinder, piramid, kon dan juga sfera kepada murid- murid.