Translate

Friday 14 December 2012

Kitar Semula Amalan Kita

KITAR SEMULA




Malaysia kini mementingkan aktiviti kitar semula. Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran air. Kerajaan selalu mengingatkan rakyat-rakyat agar mengamalkan kitar semula dengan mengurangkan penggunaan plastik. 
GAMBAR 1: Tong Sampah Kitar Semula yang budah dijumpai

GAMBAR 2: Tong sampah kitar semula yang berbentuk cilinder

Tambahan pula, mereka menyediakan juga tong sampah yang berwarna yang unik untuk pengurusan sampah sarap. Tong sampah ini berwarna kuning, coklat and biru. Tong sampah berwarna kuning digunakan untuk menyimpan plastik, tong sampah berwarna biru ialah untuk kertas, manakala tong sampah berwarna coklat adalah untuk kaca.

GAMBAR 3: Logo Kitar Semula "Reuse, Reduce, Recycle"

Kitar semula juga berkiat rapat dengan 3 perkataan, iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”. “Reuse” bermaksud menggunakan semula, “reduce” bermaksud mengurangkan penggunaan dan “recycle” bermakna mengitar semula. Dalam masyarakat, “Reuse, Reduce, Recycle” juga dipanggil “3R”. 

Antara cara-cara yang baik untuk mengamalkan 3R ialah kita hendaklah berfikir dahulu sebelum membuang. Selain itu, kita juga harus menyediakan bekas atau tong yang jelas untuk pembuangan sampah. Akhirnya, kita mesti menunjukkan contoh melalui teladan agar dapat mencontohi kita agar mengamalkan sikap kitar semula.


4 comments:

  1. bagus karangan yang dikarang. tambahan pula juga terdapat gambar-gambar yang menarik yang dapat menarik perhatian daripada pelajar-pelajar untuk membaca karang tersebut.

    ReplyDelete
  2. Tajuk ini mengingatkan rakyat-rakyat mengamalkan sikap kitar semula.

    ReplyDelete
  3. Kitar semula amat penting untuk menyelamatkan bumi kita. Blog yang bermakna.Teruskan.

    ReplyDelete