Translate

Saturday 15 December 2012

Keindahan Planet Bumi

Hayatilah klip video ini.
Klip video ini mengisahkan keindahan planet kita, terutamanya planet Bumi yang kita diami. Bumi yang indah akan munsah jika kita tidak menjaganya dengan baik. Selkarang, bumi kita mengalami kerosakkan disebabkan oleh kegiatan manbusia yang tamak untuk mengaut keuntungan. Hal ini menyebabkan Bumi mengalami kecedaraan yang parah dan mengambil masa untuk pulih.

Jesteru, kita, sebagai manusia, sebahagian daripada alam hidup di Bumi ini, kita seharusnya menghulurkan tenaga untuk menyelamat Bumi. Satu cara yang baik adalah mengamalkan amalan kitar semula. Dengan mengamalkan amalan ini, kita dapat mengurangkan pembuangan sampah-sarap yang boleh memburukkan bumi kita seperti pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran darat.

Oleh itu, kita sebagai manusia, apakah cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah kerosakkan yang dialami di Bumi kita? Jika, pencemaran berterusan, pada tahun 2099, adakah planet Bumi akan wujud lagi? Bagaimanakah keadaan manusia jika tiada Bumi? 

Friday 14 December 2012

Soalan Pemahaman "Kitar Semula Amalan Kita"


Baca petikan "Kitar Semula Amalan Kita" dengan teliti. Seterusnya menjawab soalan-soalan di bawah dengan jawapan yang lengkap.

1.  Berikan maksud “kitar semula”.
Jawapan:

2.  Apakah warna-warna tong sampah kitar semula?
Jawapan:

3.  Apakah kegunaan tong-tong sampah tersebut?
Jawapan:

4.  Berikan maksud “Reuse, Reduce, Recycle”.
Jawapan:

5.  Pada pendapat anda, mengapakah kitar semula amat penting dalam masyarakat kita?
Jawapan:

Kata dasar dan Kosa Kata " Kitar Semula Amalan Kita"


Kata dasar:
1.  Mengolah = olah
2.  Mengitar = kitar
3.  Pengurusan = urus
4.  Mengingatkan = ingat

Kosa kata:
1.  Mengolah = menggunakan semula
2.  Berkiat rapat = mengenai
3.  Teladan = contoh-contoh yang baik
4.  Sikap = sifat yang baik atau tidak baik

Kitar Semula Amalan Kita

KITAR SEMULA




Malaysia kini mementingkan aktiviti kitar semula. Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran air. Kerajaan selalu mengingatkan rakyat-rakyat agar mengamalkan kitar semula dengan mengurangkan penggunaan plastik. 
GAMBAR 1: Tong Sampah Kitar Semula yang budah dijumpai

GAMBAR 2: Tong sampah kitar semula yang berbentuk cilinder

Tambahan pula, mereka menyediakan juga tong sampah yang berwarna yang unik untuk pengurusan sampah sarap. Tong sampah ini berwarna kuning, coklat and biru. Tong sampah berwarna kuning digunakan untuk menyimpan plastik, tong sampah berwarna biru ialah untuk kertas, manakala tong sampah berwarna coklat adalah untuk kaca.

GAMBAR 3: Logo Kitar Semula "Reuse, Reduce, Recycle"

Kitar semula juga berkiat rapat dengan 3 perkataan, iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”. “Reuse” bermaksud menggunakan semula, “reduce” bermaksud mengurangkan penggunaan dan “recycle” bermakna mengitar semula. Dalam masyarakat, “Reuse, Reduce, Recycle” juga dipanggil “3R”. 

Antara cara-cara yang baik untuk mengamalkan 3R ialah kita hendaklah berfikir dahulu sebelum membuang. Selain itu, kita juga harus menyediakan bekas atau tong yang jelas untuk pembuangan sampah. Akhirnya, kita mesti menunjukkan contoh melalui teladan agar dapat mencontohi kita agar mengamalkan sikap kitar semula.